Perjanjian Tentera Laut Washington
Perjanjian Tentera Laut Washington

Perjanjian Tentera Laut Washington

Perjanjian Tentera Laut Washington, juga dikenali sebagai Perjanjian Lima-Kuasa, menghadkan persenjataan tentera laut daripada lima penandatangan: iaitu Amerika Syarikat, Empayar Britain, Empayar Jepun, Republik Ketiga Perancis, dan kerajaan Itali. Perjanjian ini telah dipersetujui di Persidangan Tentera Laut Washington, yang mana telah diadakan di Washington, DC bermula pada November 1921 hingga Februari 1922. Ia telah disepakati oleh para perwakilan daripada negara-negara yang bersetuju pada 6 Februari 1922. Perjanjian Tentera Laut Washington merupakan satu usaha untuk mengelakkan perlumbaan senjata yang bermula selepas Perang Dunia I.Syarat-syarat perjanjian yang diubahsuai mengikut Perjanjian Tentera Laut London pada tahun 1930 dan Perjanjian Tentera Laut London Kedua pada tahun 1936. Tidak lama kemudian, Jepun mengistiharkan ia tidak akan lagi mematuhi syarat-syarat perjanjian dan Itali pula secara diam-diam mengabaikannya. Jerman tidak pernah tertakluk kepada perjanjian-perjanjian Washington atau London; pembinaan tentera lautnya dihadkan di bawah Persetiaan Versailles, satu perjanjian damai yang menamatkan Perang Dunia I.